SELAMAT DATANG ke Adieqhazzie Life&LOVE..semoga perkongsian di ruangan ini memberi manfaat kepada kalian yang membaca..salam ukhwah..

JOM LIKE!


5 SEBAB 1 ANCAMAN!

Apa tu??haha...nak tau jom baca kat bawah nie..

This is the introduction topic by our nutritionist at wellness workshop hari tu..inilah nak cerita kenapa kita perlu mengambil supplement dalam kehidupan hari ini..kebanyakan kita ambil remeh je bab mengambil supplement nie (macam saya juga la dulu..).antara sebabnya mungkin faktor kewangan,mungkin takut kesan sampingan, atau mungkin juga sudah berasa cukup sihat..dan lambakan pelbagai jenama produk makanan tambahan juga menyebabkan sukar untuk kita membuat pilihan..wallahualam..apapun pandangan anda saya tetap nak kongsikan apa yang saya dapat daripada tajuk di atas..5 SEBAB 1 ANCAMAN kenapa kita perlu ambil supplement..

SEBAB 1 : Orang malaysia makan ikut nafsu 

"sarapan nak nasi lemak, teh tarik..lunch nak makan nasi lauk kari daging @ ayam masak lemak cili api..balik kerja ajak member makan satay..malam rasa lapar keluar beli burger.." ini antara fenomena biasa masyarakat kita hari ini..tu belum yang mengidam nak makan kfc, mcd, yang malas nak masak di rumah delivery je..stok kat dalam peti sejuk rumah pun frozen food je..(termasuklah saya..)..kita dan makan memang tak dapat dipisahkan.kebanyakannya kita makan nak sedap tapi tapi hakikatnya ianya kurang berkhasiat (sebab kalori tinggi, gula tinggi, lemak tinggi..dll la..)..disinilah supplement memainkan peranannya..antaranya membantu penyerapan zat makanan yang kita ambil, melengkapkan nutrisi yang kurang, membantu proses penghadaman, mengeluarkan apa yang tidak diperlukan oleh tubuh supaya ia tidak tersimpan dalam badan terlalu lama (cth pengumpulan lemak..sikit2 lama2 jadi bukit).

SEBAB 2 : Pencemaran sekeliling
Badan kita terdiri daripada sel-sel yang membentuk tisu, organ, dan sistem badan kita.sel2 yang baik akan menghasilkan badan yang sihat,kulit yang sihat dan sistem badan yang lancar.Udara dan air yang tercemar mengandungi radikal bebas yang boleh memasuki badan kita dan merosakkan sel2 badan dan mengganggu sistem badan..Contoh pencemaran sekeliling adalah seperti habuk dan asap rokok.semakin lama kita terdedah dengan radikal bebas, semakin banyak sel2 badan yang akan rosak..ia akan mendatangkan pelbagai penyakit dalaman dan luaran.Persekitaran hari ini memang tidak lari dari pencemaran lagi2 di kawasan bandar.so,berhati-hatilah dengan radikal bebas..it's not good for us..

SEBAB 3 : Nutrisi makanan semakin kurang

Berapa ramai antara kita yang pergi ke bahagian sayuran organik di pasaraya? atau yang menanam sendiri sayuran anda? atau sentiasa mencari sayuran organik untuk hidangan keluarga? if ada memang saya respect la..ramai hanya yang beli sayur yang nampak segar je..hehe.pernah tak kita terfikir..asalnya sayur/buah yang kita beli di pasaraya : dari kaedah penanaman,penggunaan baja kimia, semburan perosak, suntikan mempercepatkan tumbesaran, proses pembungkusan,proses penghantaran,proses penyediaan makanan -berapa banyak nutrien yang termusnah? see..dalam sedar tak sedar kita pun tak tahu yang kita makan tu nutrien atau sebaliknya..supplement membantu kita mendapatkan semula nutrisi yang kurang.

SEBAB 4 : Tekanan hidup

Stress? Yes...even surirumah yang macam saya pun stress.ini kan pula mereka yang bekerja (surirumah pun bekerja ok..).macam2 faktor yang menyumbang kepada tekanan..bebanan kerja, persekitaran, kewangan, keluarga..pelajar pun stress..kajian mendapati mereka yang tidak dapat mengawal tekanan berisiko untuk mendapat serangan jantung di usia muda..takutkan.kawal2 lah tekanan anda..tak boleh kawal, makan b-complex..hehe

SEBAB 5 : Gaya hidup yang tidak sihat

bersenam?tidur cukup?makan ikut masa or ikut suka?..inilah yang dinamakan gaya hidup.susah nak cari orang yang berdisiplin dalam mengamalkan gaya hidup sihat..kenapa tidur yang cukup penting?sebab apabila kurang tidur,hormon leptine dalam badan kurang dihasilkan, ini akan membuatkan kita mudah berasa lapar..yang seterusnya mengundang kita untuk makan..makan..dan makan.bersenam malas..hehe.jom kita ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat (pesanan untuk diri sendiri juga ye..)

1 ANCAMAN : Penuaan sel-sel badan

kita semua tak dapat lari dari ini..sel2 tubuh kita mempunyai satu kilang jenerator yang menghasilkan tenaga untuk kita menjalankan sistem badan kita (untuk melakukan aktiviti harian)..sel yng baik menghasilkan tenaga yang banyak..sebab itu semakin kita tua, kualiti sel2 badan kita semakin merosot, kita kurang tenaga,mudah letih, lesu dan sakit sana sini..supplement penting untuk memperbaiki sel, memperbaharui dan memelihara sel agar kita dapat tenaga yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti seharian.. 

panjang lebar karangan saya hari ini..dah hampir sejam mengarang..semoga perkongsian saya memberi kesedaran kepada kita tentang pentingnya menjaga kesihatan dari sekarang..siapa lagi nak jaga diri kita jika bukan kita kan..:)

sekian dulu,selamat malam...

1 comments:



About Bali said...

Travel to Bali is very good to booking from Bali Hotels Accommodation. You will find something natural around the island. Exploring the island of Bali, and Best deal of

hotels. Check also special deals on
Bali Resorts
Hotels Kuta Bali
Bali Seminyak Hotels
Legian Hotels
Nusa Lembongan Hotels,
Nusa Dua Beach Hotels
Ubud Hotels
Bali Hotels
Bali Luxury Hotels
Sanur Beach Hotel
Hotels Bali Kuta
Hotels Seminyak Bali
Bandung Hotels
Or if you want to get holiday in Phuket, you can book from Phuket Hotels , Patong Hotels booking online,and Istanbul Hotels Turkey for Istanbul Turkey Online reservation.. Thank You.

Post a Comment