SELAMAT DATANG ke Adieqhazzie Life&LOVE..semoga perkongsian di ruangan ini memberi manfaat kepada kalian yang membaca..salam ukhwah..

JOM LIKE!


Alhamdulillah..

hai..lama betul dah tak update..

alhamdulillah... setelah 4 bulan mencari gali info tentang SHAKLEE bersama mr.Google, dapat juga akhirnya tiket no bertuah ni..884132..hehe.sebenarnya itu no ahli untuk SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR.lama juga nak meyakinkan diri untuk menjadi ahli ni..meh nak citer sedikit sejarah macam mana boleh terbuka hati nak join SHAKLEE ni.padahal sebenarnya dah fobia juga dengan MLM ni sebab antaranya masih menanggung kesan sampai sekarang..tapi SHAKLEE unik..

semuanya bermula sejak aidilfitri tahun lepas.kat open house salah seorang member hubby, jumpe sorang mommy nie.masa 2 tengah sama2 lepak bf kan anak..dia kerja tp dapat fully bf anak dia about 1 year++.kagum la juga..saya sendiri pun dah fm baby since dalam pantang lagi coz susu kurang.so, dia pun suggest la guna SHAKLEE.masa tu tak tahu lagi apa SHAKLEE tu.then, balik rumah start la kerja dgn mr.Google cari info pasal SHAKLEE.dah lama wujud sebenarnya, baru ku tahu..kesian kan..hehe.bile tengok citer pengguna shaklee, background company,their products, lama2 rasa jatuh cinta plak..terus lagi membelek-belek pasal SHAKLEE..


SELAMAT, SEMULAJADI & BERKESAN..itulah yang buat saya yakin dengan SHAKLEE.tengok testimoni pengguna yang menggunakan produk kesihatan SHAKLEE memang tambah rasa confident nak join.SHAKLEE ada pelbagai suppliment n vitamin sebagai pelengkap nutrisi untuk kesihatan kita sekeluarga..bila difikir2kan, umur pun dah nak masuk 3 series, lepas buat kerja kadang2 terasa juga sakit sana sini, tengok hubby pun makin kerap bersin coz ada resdung so decide la untuk jadi ahli SHAKLEE.next time,boleh juga hadiahkan ibu n ayah suppliment yang sesuai untuk kesihatan diorang.lagi2 parents masih bekerja lagi..da panjang2 fikir akhirnya join la SHAKLEE..harap-harap dapat menambahbaik kesihatan orang2 tersayang.mencegah lebih baik dari mengubati..


just to share.nanti saya akan update lagi apa yang ada dalam SHAKLEE.moga sama2 mendapat yang terbaik..in sya allah..




something is better than nothing

2012 : suri rumah sepenuh masa 

pengalaman..kenangan terindah menjadi isteri kepada seorang suami dan, menjadi seorang ibu kepada seorang anak kecil..macam-macam suka dan duka dilalui bersama.memang best dapat duduk rumah je.lama tu..setahun enam bulan dah..asal kenduri or jumpa je..orang mesti tanya soalan cepu cemas nie : dah kerja dah? buat apa sekarang?...but i still give the same answer..huhu..for me, apa pun pendapat orang, apa pun orang nak kata, it's up to you..as long as i'm happy with my family and syukur pada ALLAH dengan segala nikmatNya selama ini yang tiada kekurangannya untuk kami..alhamdulillah..


2013 : suri rumah sepenuh masa vs kerja??

apa tu? azam tahun baru..hajatnya nak kerja tapi tengok anak kecil lagi. hubby pn selalu outstation, so decide la duduk rumah lagi buat sementara.tapi nak juga buat something @ kerja time2 kebosanan..actually dah lama plan.tapi masih dalam dilema untuk start..cuba untuk cari kekuatan yang positif then dapat la ayat nie : SESUATU YANG BARU..KITA TAK CUBA KITA TAK TAHU..~from somebody..apa2 pn yang penting USAHA + DOA semoga dibuka dan dipermudahkan jalannya..walau dalam apa aspek kehidupan pun kita kena mulakan dengan LANGKAH PERTAMA..tu la yang membuatkan rasa untuk lakukan sesuatu walaupun duduk rumah je.hehe..alhamdulillah, dengan sokongan hubby dapatlah mulakannya..sambil2 kan..orang yang kerja pun buat part time, ni kan pulak yang suka suki je duduk rumah..In sya allah dalam entry seterusnya saya akan ceritakan apa la yang nak dibuatnya??something is better than nothing kan..=)










assalammualaikum

assalamualaikum..

alhamdulillah..tahun baru 2013 baru sahaja bermula..1 januari 2013..
syukur atas segala kurniaanNya..azam tahun baru?? rasanya masih menyambung
azam  tahun2 lepas yang masih belum tercapai..hehe.apa pun di sebalik azam
yang belum tercapai, masih byk kemanisan yang telah dilalui..Allah lebih mengetahui segala perancanganNya..

terima kasih kepada semua yang memberi sokongan especially my beloved hubby and my family..tak lupa juga kepada kawan-kawan n semua yang mengenali diri ini.suka duka bersama kalian akan tetap dikenang sampai bila2...semoga tahun baru 2013 memberi kehidupan yang lebih baik kepada kita semua...in sya allah...

sayang semua..