SELAMAT DATANG ke Adieqhazzie Life&LOVE..semoga perkongsian di ruangan ini memberi manfaat kepada kalian yang membaca..salam ukhwah..

JOM LIKE!


anda nak KURUS?

Alhamdulillah..hari ni ada seorang customer yang nak kurus dengan shaklee..semakin bersemangat nak gali pasal bab kurus menguruskan badan nie..hehe..nak tau apa shaklee ada untuk anda yang ingin kurus? before that, the most important bagi mereka2 yang nak kurus..make sure u all pilih supplement yang boleh membantu u kurus dengan sihat..bukan dengan cepat ye..:)

Kat atas ni pic yang menunjukkan set kurus yang disyorkan untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan selamat, sihat dan berkesan..In Shaa Allah..saya akan iringi usaha kalian dengan doa saya.

Set 1 : Alfalfa + Lecithin + ESP
Set 2 : Herb-Lax + Lecithin + Cinch shake

Setiap apa yang disarankan oleh shaklee ada sebabnya.Jom kita tengok secara ringkas macam mana diet programme yang shaklee tawarkan.

1.DETOX
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus  dikeluarkan melalui pembuangan air besar.Selepas dinding usus kita bersih, baru tubuh kita lebih mudah menyerap nutrien samada dari supplement yang kita ambil atau dari diet harian kita.Untuk detox anda boleh pilih antara  HERB-LAX atau ALFALFA mengikut budget anda.
-HERB-LAX : Memudahkan pergerakan dan fungsi usus, menggalakkan penyingkiran toksin dan mengurangkan sembelit.
-ALFALFA : mengandungi enzim penting untuk penghadaman makanan, merendahkan kolestrol daan mengurangkan toksin.
    
2.PROTEIN
Protein sangat penting untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak.Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sehingga 35%.Protein juga mengelakkan berlakunya diet yo-yo, sekaligus menghalang semula kenaikan berat badan dengan mudah.
Sumber protein yang disyorkan adalah CINCH SHAKE ataupun ESP.ibu menyusu digalakkan mengambil ESP berbanding CINCH SHAKE kerana dapat memberi lebih kebaikan kepada anak.
          
3.LECITHIN
Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak2 dalam badan.Lecithin dinamakan 'pengemulsi semulajadi' kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak yang mana ia menyebabkan lemak tersebut terapung dalam darah dan menghalang lemak2 melekat pada dinding membrane.Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ia sangat diperlukan oleh badan.

Gabungan ketiga-tiga produk ini membolehkan anda menyingkirkan segala komponen yang tidak diperlukan dalam tubuh anda disamping mengekalkan badan yang sihat.In Shaa Allah anda boleh mendapat berat badan yang ideal..tapi ada syaratnya..x banyak..
3 je main item yang anda kena jaga kalau anda betul2 nak turunkan berat badan anda dengan JAYAnya :

1.Kawal pemakanan anda-beribu ringgit harga produk atau slimming center yang anda pergi, if tak control makan tak guna juga kan..
2.Minum air masak yang secukupnya.antara 2-3 Liter setiap hari.untuk anda yang berdiet jadikan air putih BFF anda.ia untuk membantu penyerapan nutrien, keseimbangan air dan sistem dlm tubuh.
3.Makan supplement secara konsisten-untuk hasil yang SUPERB!

lagi tips?? akan diberitahu kemudian..:)

sekian dulu yer.






ESP : Energizing Soy Protein

ESP : Energizing Soy Protein..ini adalah makanan utama dalam program shaklee.Protein amat penting dalam diet harian kita kerana dengan protein merupakan makanan kepada sel badan untuk pembentukan tisu,organ dan sistem badan kita.ESP merupakan minuman yang berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan daripada kacang soya.

Antara kelebihan ESP shaklee :

-Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
-Mengandungi 14gram protein soya semulajadi yang dalam setiap hidangan.
-Ianya diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semulajadi 
 isoflavones seperti genistein dan daidzein.
-ESP tidak mengandungi kolestrol dan laktosa.
-Ia mengandungi semua asid2 amino yang diperlukan oleh tubuh anda mengekalkan tisu2 yang
 sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
-Produk protein soya ini adalah sumber2 kalsium dan zat besi yang baik.
-Ia juga tidak mengandungi perasa tiruan,pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Di bawah ini secara umumnya adalah antara risiko jika kita kekurangan protein.Punca kekurangan protein boleh menyebabkan.. 

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka lambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terencat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

[sekilas fakta]

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY
Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.


saya dah cuba ESP..memang best.lain entri saya cerita yer..anda nak rasa perubahan dengan ESP? jom PM saya..memang tak rugi.sesuai untuk seisi keluarga anda.

5 SEBAB 1 ANCAMAN!

Apa tu??haha...nak tau jom baca kat bawah nie..

This is the introduction topic by our nutritionist at wellness workshop hari tu..inilah nak cerita kenapa kita perlu mengambil supplement dalam kehidupan hari ini..kebanyakan kita ambil remeh je bab mengambil supplement nie (macam saya juga la dulu..).antara sebabnya mungkin faktor kewangan,mungkin takut kesan sampingan, atau mungkin juga sudah berasa cukup sihat..dan lambakan pelbagai jenama produk makanan tambahan juga menyebabkan sukar untuk kita membuat pilihan..wallahualam..apapun pandangan anda saya tetap nak kongsikan apa yang saya dapat daripada tajuk di atas..5 SEBAB 1 ANCAMAN kenapa kita perlu ambil supplement..

SEBAB 1 : Orang malaysia makan ikut nafsu 

"sarapan nak nasi lemak, teh tarik..lunch nak makan nasi lauk kari daging @ ayam masak lemak cili api..balik kerja ajak member makan satay..malam rasa lapar keluar beli burger.." ini antara fenomena biasa masyarakat kita hari ini..tu belum yang mengidam nak makan kfc, mcd, yang malas nak masak di rumah delivery je..stok kat dalam peti sejuk rumah pun frozen food je..(termasuklah saya..)..kita dan makan memang tak dapat dipisahkan.kebanyakannya kita makan nak sedap tapi tapi hakikatnya ianya kurang berkhasiat (sebab kalori tinggi, gula tinggi, lemak tinggi..dll la..)..disinilah supplement memainkan peranannya..antaranya membantu penyerapan zat makanan yang kita ambil, melengkapkan nutrisi yang kurang, membantu proses penghadaman, mengeluarkan apa yang tidak diperlukan oleh tubuh supaya ia tidak tersimpan dalam badan terlalu lama (cth pengumpulan lemak..sikit2 lama2 jadi bukit).

SEBAB 2 : Pencemaran sekeliling
Badan kita terdiri daripada sel-sel yang membentuk tisu, organ, dan sistem badan kita.sel2 yang baik akan menghasilkan badan yang sihat,kulit yang sihat dan sistem badan yang lancar.Udara dan air yang tercemar mengandungi radikal bebas yang boleh memasuki badan kita dan merosakkan sel2 badan dan mengganggu sistem badan..Contoh pencemaran sekeliling adalah seperti habuk dan asap rokok.semakin lama kita terdedah dengan radikal bebas, semakin banyak sel2 badan yang akan rosak..ia akan mendatangkan pelbagai penyakit dalaman dan luaran.Persekitaran hari ini memang tidak lari dari pencemaran lagi2 di kawasan bandar.so,berhati-hatilah dengan radikal bebas..it's not good for us..

SEBAB 3 : Nutrisi makanan semakin kurang

Berapa ramai antara kita yang pergi ke bahagian sayuran organik di pasaraya? atau yang menanam sendiri sayuran anda? atau sentiasa mencari sayuran organik untuk hidangan keluarga? if ada memang saya respect la..ramai hanya yang beli sayur yang nampak segar je..hehe.pernah tak kita terfikir..asalnya sayur/buah yang kita beli di pasaraya : dari kaedah penanaman,penggunaan baja kimia, semburan perosak, suntikan mempercepatkan tumbesaran, proses pembungkusan,proses penghantaran,proses penyediaan makanan -berapa banyak nutrien yang termusnah? see..dalam sedar tak sedar kita pun tak tahu yang kita makan tu nutrien atau sebaliknya..supplement membantu kita mendapatkan semula nutrisi yang kurang.

SEBAB 4 : Tekanan hidup

Stress? Yes...even surirumah yang macam saya pun stress.ini kan pula mereka yang bekerja (surirumah pun bekerja ok..).macam2 faktor yang menyumbang kepada tekanan..bebanan kerja, persekitaran, kewangan, keluarga..pelajar pun stress..kajian mendapati mereka yang tidak dapat mengawal tekanan berisiko untuk mendapat serangan jantung di usia muda..takutkan.kawal2 lah tekanan anda..tak boleh kawal, makan b-complex..hehe

SEBAB 5 : Gaya hidup yang tidak sihat

bersenam?tidur cukup?makan ikut masa or ikut suka?..inilah yang dinamakan gaya hidup.susah nak cari orang yang berdisiplin dalam mengamalkan gaya hidup sihat..kenapa tidur yang cukup penting?sebab apabila kurang tidur,hormon leptine dalam badan kurang dihasilkan, ini akan membuatkan kita mudah berasa lapar..yang seterusnya mengundang kita untuk makan..makan..dan makan.bersenam malas..hehe.jom kita ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat (pesanan untuk diri sendiri juga ye..)

1 ANCAMAN : Penuaan sel-sel badan

kita semua tak dapat lari dari ini..sel2 tubuh kita mempunyai satu kilang jenerator yang menghasilkan tenaga untuk kita menjalankan sistem badan kita (untuk melakukan aktiviti harian)..sel yng baik menghasilkan tenaga yang banyak..sebab itu semakin kita tua, kualiti sel2 badan kita semakin merosot, kita kurang tenaga,mudah letih, lesu dan sakit sana sini..supplement penting untuk memperbaiki sel, memperbaharui dan memelihara sel agar kita dapat tenaga yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti seharian.. 

panjang lebar karangan saya hari ini..dah hampir sejam mengarang..semoga perkongsian saya memberi kesedaran kepada kita tentang pentingnya menjaga kesihatan dari sekarang..siapa lagi nak jaga diri kita jika bukan kita kan..:)

sekian dulu,selamat malam...

Produk Shaklee SELAMAT

Sehari dua ni agak rajin nak menjenguk2 blog nie..maybe this is the best way i can express what i feel, what i   want to say, and whatever i want to share with you all (walaupun hakikatnya saya sorang je yang baca..hehe)..apapun sejak bersama dengan shaklee, sedikit sebanyak telah merubah hidup saya..Alhamdulillah..

saya ni bukanlah seorang yang concern sangat tentang supplement sebelum nie..sakit pun jarang sekali.tapi sejak menjadi isteri dan ibu ni, kehidupan dan aktiviti harian banyak berubah..nak2 lepas bersalin iffah.dah mula rasa sakit2 kaki, sakit pinggang, cepat letih..tu la yang terasa perlunya ambil supplement untuk diri sendiri dan keluarga juga.tambah kesedaran sikit yang usia semakin meningkat.huhuhu...

Kenapa saya pilih shaklee? sedangkan kat media2 bermacam-macam jenama produk makanan tambahan yang ditawarkan.kat tv, kat suratkhabar banyak pilihan produk makanan tambahan..promosi yang dilakukan memang menjaminkan semua yang terbaik..saya google about shaklee.rupanya shaklee dah lama n merupakan jenama supplement tertua..ini sedikit fakta dari www.shaklee.com.my yang buat saya rasa yakin kenapa saya pilih shaklee... 

Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan.

Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

This is fact..sebab itulah shaklee yakin setiap produknya adalah SELAMAT, SEMULAJADI & BERKESAN.sebelum kita memilih makanan tambahan atau apa pun pilihan dalam hidup, kita semestinya hanya mahukan yang terbaik kan..

sekian dulu..si kecik iffah dah bangun...:)

credit to : mamafaiz

Berdoa dan bersyukur adalah yang terbaik...

jam 2.00am..anakku iffah sedang lena diulit mimpi.mataku masih belum mampu dilelapkan..macam2 bermain difikiran..kadang2 terasa begitu sukar jalan untuk menjalani kehidupan seharian..Allahuakbar..

Allah Maha Mengetahui..mungkin ini perjalanan untukku..tidak semua apa yang kita inginkan dapat kita capai, tak semua apa yang kita hajat ditunaikan..aku hanya insan lemah yang mampu berserah kepada-Mu Ya ALLAH..Hidup ini bagaikan roda.sentiasa berputar..kadangkala kita di atas, kadangkala kita di bawah..ada masanya kita gembira,tiba masanya kita berduka..ada masanya kita dipuji, ada masanya kita dikeji..itulah lumrah kitaran sebuah kehidupan.

aku bersyukur kepadaMu Ya ALLAH kerana memberiku ibu bapa yang telah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang.memberiku  pendidikan dan tunjuk ajar yang sempurna menjadi seorang insan. sebuah keluarga yang begitu mengambil berat.seorang suami yang sangat memahami.seorang anak kecil yang menjadi sumber kekuatanku..Ya ALLAH, ampunilah dosa2ku dan dosa2 mereka yang ku sayangi,kurniankanlah kesihatan yang baik dan rezeki yang baik kepada kami.

hanya padaMu aku memohon kekuatan untuk terus tabah mengharungi hidup di dunia ini dan meneruskan perjalanan ke akhirat kelak.moga Engkau permudahkanlah..aku bersyukur dengan apa yang aku miliki, aku redha dengan apa yang aku lalui.. biar apa pun anggapan dan pandangan mereka yang melihat, aku tahu hanya Engkau yang lebih mengetahuinya..mungkin ini yang terbaik untukku..

Terima kasih ALLAH.




Ancaman Obesiti

FAKTA BENAR : 2 daripada 5 orang dewasa rakyat Malaysia adalah OBES...


Ini adalah fenomena rakyat Malaysia sekarang..

apa itu obesiti@obes?
Obesiti adalah pengumpulan lemak yang berlebihan dalam badan yang menimbun dalam badan seseorang..ia kini dianggap satu penyakit dan terjadi akibat tisu2 lemak menjadi keterlaluan.



Obes boleh mengundang kepada :
-menganggu dan mencederakan organ2 badan
-mendatangkan masalah kesihatan yang serius
-mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial
-memendekkan jangka hayat 


Siapa yang tergolong dalam obesiti?

  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 2x lebih berat berbanding ukuran ideal
  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45kg melebihi berat badan sepatutnya
  • Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35
  • Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis)
  • Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan. 

Risiko tehadap kesihatan?
Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku.
antaranya ialah:

Bagaimana mengatasi masalah obesiti anda?
1.Menjaga pemakanan seharian anda-most important factor yang membawa kepada obesiti
2.Memperbanyakkan aktiviti senaman-larian,jalan2,naik turun tangga
3.Mengamalkan gaya hidup yang sihat-tidur yang mencukupi,
4.Pengambilan supplement yang sihat dan tidak memudaratkan-menyingkir lemak bukan otot (perut yang menggeleber selepas penyingkiran lemak adalah disebabkan tubuh kehilangan otot yang menyokong struktur badan)

SHAKLEE boleh membantu?
3 produk shaklee yang boleh membantu anda menurunkan berat badan,mengurangkan lemak dan kolestrol dalam badan dengan sihat adalah HERB-LAX, ALFALFA & LECITHIN.

HERB-LAX : Sebagai detox yang mana berfungsi untuk membuang toksin di dalam badan, membantu masalah sembelit dan dapat mengempiskan perut.

LECHITIN : Sebagai agen memecah dan menguraikan lemak. Pengambilan lecithin mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang dan seterusnya menghalang obesiti.

ALFALFA : Dapat menyingkirkan lemak dan kolesterol dan sebagai pengangkut keluar lemak dari badan.

In Shaa Allah, ini dapat membantu anda kurus dengan sihat melalui proses penyingkiran bahan2 yang tidak diperlukan oleh tubuh.Tindakan pembersihan yang lembut oleh Herb-Lax terbukti kesesuaiannya secara klinikal digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

*tips sihat : AIR PUTIH merupakan peneman setia kepada sesiapa yang ingin menurunkan berat badan.


Kalsium dan Osteoporosis


Sambil menunggu si kecik iffah ni bangun.jom nak citer sikit pasal kalsium dan osteoporosis.memang takut bila dengar pasal osteoporosis ni..Osteporosis adalah penyakit yang disebabkan oleh kehilangan jisim tulang (kuantiti kalsium dari tulang merosot sedikit demi sedikit)..
Nak tahu tak? Kalsium merupakan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh untuk membina tulang yang kuat sepanjang hidup kita.Kalsium juga diperlukan untuk keperluan lain, seperti pada pergerakan otot.

Hampir semua kalsium (99%) disimpan dalam tulang dan 1% beredar dalam tubuh melalui darah. Jika tubuh tidak mendapatkan cukup kalsium dari makanan yang dimakan, untuk menjaga jumlah yang tepat yang beredar dalam darah, tubuh akan mengambil kalsium dari tulang. Kajian ilmiah menunjukkan bahawa dari semasa ke semasa, kehilangan kalsium dari tulang dapat menyebabkan "osteoporosis" penyakit tulang, kadang-kadang disebut "tulang rapuh," yang dapat menyebabkan tulang tipis dan risiko yang lebih besar patah tulang.

Semua orang memerlukan kalsium untuk membina dan menjaga tulang yang kuat dan untuk fungsi tubuh yang normal. Kita berisiko tinggi mendapat osteoporosis ketika usia semakin tua. Risiko lebih tinggi untuk perempuan daripada lelaki, terutama wanita yang memiliki tulang yang lebih kecil. 

Untuk mengurangkan risiko osteoporosis,kita harus makan kalsium yang cukup pada usia kanak-kanak dan remaja, iaitu ketika jisim tulang terbentuk. Sebagai orang dewasa, kalsium yang kita makan akan membantu untuk menjaga jisim tulang yang sentiasa bertambah seiring dengan peningkatan usia.Orang tua yang masih sihat dan kuat melakukan aktiviti harian, memiliki kalsium yang cukup untuk menjaga tulang mereka sehingga ke usia tua.

Makanan yang merupakan sumber kalsium yang baik termasuk produk susu, seperti susu, yogurt dan keju dan sayuran berdaun hijau, seperti kangkung dan lobak hijau. Berdasarkan bertahun-tahun penelitian ilmiah, ahli nutrisi telah belajar bagaimana kalsium yang banyak orang perlu makan setiap hari untuk membina tulang yang kuat dan mempertahankan jisim tulang ketika usia mereka bertambah. Jumlah kalsium yang diperlukan bergantung kepada peringkat usia : 

Anak-anak 9 sampai 18 tahun - 1.300 miligram (mg)
19 sampai 50 tahun Dewasa - 1.000 miligram (mg)
Dewasa lebih dari 50 - 1.200 miligram (mg)


so, as a mom..kita kena pastikan setiap ahli keluarga kita mendapat keperluan kalsium yang mencukupi melalui pemakanan harian kita..and the source is from supplement..OsteMatrix is the best for calcium intake.



OsteMatrix..bukan sekadar kalsium

March 2013..promosi OsteMatrix shaklee..harga memang super duper murah..2 botol pun RM XX jer..Apa perbezaan supplement kalsium OsteMatix shaklee berbanding yang lain??

OsteMatrix shaklee merupakan kalsium yang isinya paling seimbang untuk memastikan penyerapannya adalah 99%.Formulanya unik dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.Nutrien2 ini perlu diambil bersama2 untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral dalam tubuh (kebiasaannya dalam buah pinggang...).ni dia..

Manfaat utama OsteMatrix :

  • Menguatkan tulang - kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf.Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia(rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  • Meringankan stress - mengimbangi tekanan darah , memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa.memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaiki masalah haid - kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh - kalsium adalah mineral alkalin yg berkesan memastikan imbangan pH tubuh.ianya juga menghalang obesiti diusia tua.kalsium turut membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
sempena promosi OsteMatrik ni jom kita beli untuk parents kita, suami kita..beli 6 percuma 1 lagi..In Shaa Allah ianya dapat membantu mengatasi masalah-masalah yang sering dihadapi oleh orang sekeliling kita..

with love



Masalah kesihatan & penyakit

semalam van poslaju berhenti depan rumah siap hon sekali..hehe.buku yang dipesan dah sampai..buku yang banyak memberi banyak info tentang kesihatan..baca-baca, belek-belek..wah, banyaknya yang tidak tahu tentang kesihatan dan kebaikan suplemen.mentang-mentang la rasa sihat, syukur alhamdulillah..
So, harini  saya nak share tentang kategori masalah kesihatan dan penyakit yang mana kadang-kadang kita sendiri pun tak sedar yang kita mengalami masalah kesihatan..atau seringkali mengambil ringan kehadirannya..sakit sikit je kann...biar la..jom kita check adakah kita tergolong / pernah menghadapi masalah-masalah kesihatan seperti berikut.. 


Respirasi dan Kesihatan Oral            
alergi hidung~asthma~selsema & flu~nafas berbau~bronkitis~batuk~ulser mulut~sinusitis~hidung berdarah~perokok~sakit tekak/tonsiliti


Sistem Penghadaman dan Hati,Pundi Hempedu
gastrik/peptik,ulser perut~masalah pundi hempedu~masalah pencernaan~sembelit~hepatitis~fatty liver~selera kurang~hemorrhoids/piles~diarrhea~ketagih alkohol


Sistem Pengedaran Darah
anemia(kurang darah)~penyakit jantung/hipertensi/strok~tekanan darah rendah~kolestrol tinggi


Metabolisme / Salur Urinari
diabetes~hipoglisemia/tahap gula rendah~gout~hiperthyroidisma~hipothyroidisma~masalah ginjal dan pundi kencing~bina badan/kurang berat badan~infeksi saluran urinari~batu karang~edema/retensi air~berat badan berlebihan


Sistem Saraf dan Kesihatan Mental
depresi/kegelisahan~gila babi/fits~penyakit alzheimer/lemah daya ingatan~kebas-kebas & kekejangan kaki~insomnia/masalah tidur~migrain/pening kepala~letih&lesu~vertigo~penyakit parkinson~sklerosis berganda



Masalah Kulit dan Rambut
akne/jerawat~bintik penuaan/pigmentasi~cacar air~psoriasis~terbakar/melecur~eczema~kulit yang cantik~lupus SLE~kelemumur~ulat air/infeksi kulat pada kulit~bau badan~rambut beruban~rambut gugur


Masalah Otot, Tulang dan Sendi
arthritis~sakit-sakit badan/sakit sendi~masalah kuku~osteoporosis/rapuh tulang~patah tulang



Masalah Mata
katarak~glaukoma~mata malas/lazy eyes


Kesihatan Lelaki dan Wanita
anti penuaan~mati pucuk/impotence~masalah prostat~kemandulan,wanita~kemandulan,lelaki~ketiadaan nafsu berahi/frigidity~didalam pantang & menyusukan anak~masalah keputihan/leukorrhea~sindrom pra-haid/pre menstrual syndrome~menopaus~mengandung~penyakit kelamin~vena varikos


Kesihatan Kanak-Kanak
IQ kanak-kanak~ADHD~selesema~sembelit~demam~
sakit perut~masalah pertumbuhan~cirit-birit



Kanser & Tumor
fibrosystik/fibroid~sista/cysts~kanser & tumor~sebelum,selepas pembedahan atau waktu rawatan


haa....banyakkan..cuba tengok orang2 sekeliling kita..(atau mungkin diri kita sendiri..)..kebanyakkannya mengalami lebih dari 1 masalah kesihatan di atas..dengan situasi persekitaran hari ini spt pencemaran, radikal bebas, pemakanan etc, tidak mustahil ia akan memburukkan lagi tahap kesihatan kita seiring dengan peredaran masa...kadang-kadang 1 penyakit boleh membawa kepada penyakit yang lain...(melihat dari pengalaman ahli keluarga saya sendiri..) semoga kita dapat berkongsi kebaikan tentang sesuatu..mana tahu ia dapat mengubah hidup orang yang kita sayang..apa pun prevention is better than cure....

"saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan," 
dia pernah berkata "tetapi kita adalah dalam dua bidang yang berasingan. Mereka dilatih untuk merawat penyakit, saya berminat dalam memperbaiki kesihatan."

-Dr. Forest C.Shaklee. Sr

sekian dulu..