SELAMAT DATANG ke Adieqhazzie Life&LOVE..semoga perkongsian di ruangan ini memberi manfaat kepada kalian yang membaca..salam ukhwah..

JOM LIKE!


Selamat Hari Lahir Iffah yang pertama..

Pejam celik,pejam celik...dah setahun masa berlalu..rasa masih teringat lagi saat-saat mengandungkan dan menanti kelahiran orang ketiga yang sangat2 dikasihi nie..puteri kecik NUR IFFAH IZZATI BT MOHD SHUKRI..hehe...iffah lahir pada 21 februari 2012 (tarikh lahir cermin..2102-2012) pukul 5.45am kat hospital besar melaka..nak imbau sikit kenangan bersama cik iffah nie..

10 julai 2011 - Mula-mula tau mengandung sebab buat pregnancy test sendiri kat rumah..rasa macam caya tak caya je sebab rasa baru je naik pelamin.hehe..tapi happy sangat  sebab ALLAH nak bagi rezeki secepat ini..nak dapat baby,mesti la seronok kan..yang tak seronoknya masa ni masih duduk berjauhan lagi dengan en.suami..(sejak kawin jadi weekend  husband n wife..petaling jaya-melaka)..da pregnant, hubby pun ajak pindah melaka sebab dia risau kan wife dia duduk sorang2 kat pJ tu.pregnant plak..keje pun malam baru balik.so, bulan ogos berhenti kerja n pindah dok melaka..(sedih juga tapi mungkin ni la pengorbanan seorang wanita demi keluarga dia kan..cehh..)

Masa pregnant kan iffah alah biasa2 je..selalunya akan muntah lepas makan nasi.sampai 3 bulan juga la..mengidam takde la sangat.ada satu malam je teringin sangat nak makan aiskrim..keluar la jalan2 ngan hubby cari aiskrim.beli kat 7e je..huhu.sepanjang mengandungkan iffah sembilan bulan alhamdulillah tak banyak dugaannya.mungkin sebab dapat rehat secukupnya sebab masa tu jadi surirumah sepenuh masa.boleh la rehat bila-bila dah penat buat kerja..sampailah masanya (iffah lahir awal 2 minggu dari due date)...

malam 20 februari 2012 tu da rasa sakit pinggang masa nak tido around pukul 11 tu..tido pun resah je (pusing sini tak kena, pusing sana tak kena..hehe)..then dalam pukul 3.30am tu rasa ada air  keluar (budget mmg air ketuban laa kan..)..bagitau hubby n dia terus ajak pergi hospital.berdebar-debar juga la masa tu..pukul 4.00am sampai la hospital besar melaka.daftar n check up semua, pukul 7.00am inform masuk wad dulu, pukul 6.00pm if tak bersalin baru masuk labour room ..sementara tunggu wad kosong tunggu la dulu kat lobi labour room (en.hubby dah disuruh balik mandi dulu..he2)..dalam pukul 9.00am masuk wad, smpai pukul 6.00pm belum bersalin so teruslah ditolak masuk labour room..macam-macam rasa ada bila tengok muka ayah, ibu, hubby yang setia menemani sejak dari tengahari tu..setelah hampir 12 jam dalam labour room, akhirnya pukul 5.45am 21 febuari 2012 lahirlah puteri sulung kami..alhamdulillah selamat semuanya..en.suami lah orang yang paling happy sekali..(sampai tak terkata..hehe).seronok sangat tengok semua orang suka..da dapat tittle mummy n daddy untuk iffah...:)

Alhamdulillah iffah dapat membesar dengan sihat..walaupun lahir kecik(berat 2.3kg je..) rasa seronok dan bersyukur sebab dapat jaga n tengok sendiri perkembangan iffah dari sehari ke sehari..macam-macam pandai sekarang..ni tengah tunggu iffah berjalan..hari-hari kena training dengan mummy n daddy..hehe..semoga permata hati ini menjadi anak yang solehah, baik dan berjaya di dunia dan akhirat..amin..SELAMAT HARI LAHIR SAYANG..mummy n daddy sayang iffah sangat2..

p/s : dalam keseronokan memiliki dan membesarkan cahaya mata sendiri, teringat dan rasa sangat tersentuh dengan pengorbanan ibu dan ayah membesarkan saya sehingga sekarang..saya sentiasa mendoakan  mereka dan harap dapat memberi sesuatu yang terbaik buat mereka..TERIMA KASIH IBU & AYAH..

Kenapa Minyak Ikan Shaklee??

Setelah kita tahu apa fungsi dan pentingnya omega pada badan kita, jom kita tengok pula apa kelebihan minyak ikan shaklee nie..


Omega Guard Shaklee dihasilkan menerusi kaedah teknologi terkini iaitu ultratulen bergred farmaseutikal. Maksudnya ia melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yg dpt memekatkan asid lemak Omega3 paling tulen. 
  • Teknologi ini dapat menyingkirkan bahan2 berbahaya yg terdapat dlm ikan seperti plumbum, arsenik,   merkuri,etcKebanyakan brand lain hanya menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi utk mengekstrak minyak ikan. kaedah ini bukan hanya memusnahkan sesetengah nutrient malah tidak boleh menapis kandungan logam yg membahayakan kesihatan seperti plumbun,merkuri,etc 
  • (Info tambahan daripada nutrionist Shaklee, katanya tak semua pengeluar minyak ikan menggunakan penyulingan proprietari tiga molekul, Kalau ada pun hanya penyulingan 1x atau2x...Kenapa? sebab penyulingan proprietari tiga molekul ni merupakan satu proses yang mahal..Shaklee sahaja yg melalui penyulingan 3x sbb nak berikan yg terbaik) sbb tu harganya setara dgn kualiti bukan jauh melampau mahal tp masih mampu milik.
  • Omega Guard Shaklee tidak diekstrak dari minyak hati ikan kerana dihati kandungan toksik tinggi.Minyak ikan Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies. Kalau kita rujuk jenis2 ikan dan tahap merkurinya. ikan2 yg digunakan oleh Shaklee adalah ikan yg tahap merkurinya terendah.Dan kajian juga menunjukkan bahawa ikan air laut sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yg sangat tinggi berbanding ikan lain..Ditambah dgn proses penyulingan 3x.
  • Omega guard (minyak ikan ) Shaklee lengkap dgn 7 jenis asid lemak omega 3 yg perlu oleh badan iaitu DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA. Badan kita tak mampu menghasilkan asid lemak perlu ni utk proses metabolisme,etc.. Jadi kena dapatkan dari sumber makanan dan suplemen.
  • Satu sajian Omega guard Shaklee (Recommended daily serving is 3 capsules) membekalkan 900mg asid lemak omega 3 yg perlu ie EPA dan DHA. Berdasarkan jadual dibwh, kandungan EPA dan DHA didalam Omega Shaklee antara yg tertinggi berbanding jenama lain.




Pastikan anda membuat pilihan yang bijak ye..

credit to : mamafaiz

sekian...

OMEGA DAN KEPENTINGANNYA.

Memandangkan bulan ni adalah promosi OMEGA GUARD, so saya nak sharing sikit info pasal omega nie..Apa la omega 2 kan?? Kebanyakan orang mengenalinya dengan nama lainnya minyak ikan..


Omega Guard adalah diekstrak dari hati minyak ikan dan mengandungi 7 asid lemak(DHA, EPA, ALA dll). Asid lemak ini penting untuk badan kerana tidak dapat dihasilkan oleh badan. Kenapa pentingnya Omega 3 seperti seperti EPA (Eicosapentanoic asid) dan DHA (Docosahexanoic asid). Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan DHA & EPA tercetak terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak. 

Antara fungsi lain Omega :

~ Merendahkan kolestrol dan tekanan darah tinggi
~ Mengurangkan tegang leher akibat hipertension
~ Mencegah obesiti
~ Mengurangkan risiko sakit jantung
~ Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin , bayi serta kanak-kanak
~ Meningkatkan perkembangan memori dan daya ingatan
~ Meningkatkan kesihatan jantung
~ Menangani emosi
~ Pre natal : Membantu pertumbuhan janin   

Tahukah anda? DHA adalah nutrisi utama untuk otak dan sistem saraf manusia sebagaimana pentingnya kalsium kepada tulang dan gigi. Ia agak sukar didapati dari makanan kerana tidak banyak makanan mempunyai asid lemak jenis ini. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pengambilan Omega 3 dikalangan rakyat malaysia adalah rendah.Kebanyakan kita tahu omega 3 mempunyai banyak kepentingan kepada ibu mengandung dan kanak-kanak.Namun berbalik kepada fungsi omega kepada badan kita seperti yang dinyatakan di atas, sebenarnya semua orang disekeliling kita memerlukan omega untuk menambahbaik kesihatan pada hari ini.


Kesan pengambilan DHA dan EPA kepada kandungan :
Wanita mengandung perlu mengambil 1500mg DHA (800mg EPA) sehari untuk menampung keperluan dirinya dan kandungan. DHA adalah nutrien penting untuk mengoptimumkan fungsi otak (keupayaan mental utk menyedari dan memahami sesuatu) dan keupayaan retina (mengoptimakan penglihatan untuk proses berfikir & melihat).Kajian menunjukkan pengambilan OMEGA 3 semasa hamil mampu melahirkan anak yang lebih tinggi IQ.

Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA pada kanak-kanak :
Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral, dan vitamin.Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu di ambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linoleik asid dan alpha - linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha - linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega - 3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.


Omega - 3 dan 6 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia. Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya seperti:
  • Sistem imun badan –terutamanya di dalam tindak balas alergik.
  • Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
  • Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru.
  • Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia normal.
  • Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga.
Kesimpulanya, utk perkembangan yg optimum, ibu bapa perlu menggalakkan anak2 terutamanya mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi mendapat khasiat yang seimbang. Cth makanan yg kaya dgn Omega 3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod, telur ayam (kaya dgn omega 3), kekacang.. Akan tetapi, masalah kekurangan Omega 3 dlm diet harian boleh dibantu dgn pengambilan supplemen Omega yg lengkap dgn DHA dan EPA seperti di bawah ini..:)


sekian...