SELAMAT DATANG ke Adieqhazzie Life&LOVE..semoga perkongsian di ruangan ini memberi manfaat kepada kalian yang membaca..salam ukhwah..

JOM LIKE!


CERITA TENTANG SUPLEMEN

Assalammualaikum..selamat petang..lama dah tak menjenguk dan membebel kat blog nie.sabtu lepas exam ptd.so, seminggu tu sibuk la buat persiapan untuk exam tu..(walaupun buat2 sibuk je..sebenarnya takut sebab ramai orang cakap susah..hihi).tapi apa pun keputusannya saya terima..rezeki ALLAH kita tak tahu..:)


Nak dijadikan cerita, masa rehat exam tu, pergi petronas beli roti dan sempat la rembat skali majalah i-Sihat..beli sebab nampak cerita pasal shaklee.so, hari ni nak share sikit apa yang saya baca tentang suplemen dari majalah tu..ni ceritanya..

SUPLEMEN UNTUK IBU BEKERJA

Ramai yang masih kurang arif tentang khasiat suplemen dan keperluan mengambilnya. Ada yang menyangka dengan hanya mengambil suplemen boleh kurus, lebih sihat, cantik dan awet muda tanpa perlu bersenam dan makan. Suplemen sebenarnya perlu diambil bagi menangani masalah pencemaran dan pengambilan pemakanan segera dan tidak teratur di kalangan masyarakat kita hari ini.

 Pakar diet Amerika mengesyorkan bahawa setiap hari anda harus memakan :
  • 3-5 sajian sayur-sayuran
  • 2-4 sajian buah-buahan
  • 2-3 sajian susu, yogurt dan keju
  • 2-3 sajian daging, ayam itik, ikan, kacang kering, telur atau kacang
  • lemak, minyak dan gula secara sederhana
Menurut Dr.Bruce Miller dalam Better Health Series (beliau juga pengarang buku terlaris The Nutrition Guarantee dan pakar pemakanan bertauliah di sebalik Better Health Series yang terkenal tentang pendidikan makanan), walaupun jika anda mematuhinya dengan teliti kepada saranan di atas, anda mungkin menghadapi 3 masalah :

1. Pertama adalah sukar untuk mendapatkan jumlah Vitamin C daripada diet.
2. Kedua, jumlah yang diperlukan (seperti Vitamin E) untuk perlindungan daripada beberapa penyakit adalah mustahil untuk mendapatnya daripada diet biasa
3. Ketiga, sesetengah nutrien (seperti minyak daripada ikan air sejuk) bukan yang utama dalam diet biasa kita

Oleh itu, menambah pemakanan tambahan kepada gaya hidup adalah sememangnya diperlukan. Apatah lagi bagi kebanyakan para ibu bekerja terikat dengan masa dan sibuk sehingga tiada masa untuk memasak yang akhirnya terpaksa membeli makanan atau membawa keluarga makan di luar.

Suplemen memberikan khasiat yang tidak dapat diperoleh daripada pemakanan kita seharian. Kita mungkin merasakan diri sihat tanpa suplemen namun hanya yang telah mengambil suplemen sahaja yang akan merasakan kelainannya.

Secara minimum bagi seseorang memulakan program pemakanan harus terdiri daripada pengambilan suplemen multivitamin/ mineral dan protein. Kemudian, berasaskan keperluan dan gaya hidup anda, tambah Vitamin C, B-complex dan Vitamin E.

Walau bagaimanapun, suplemen dietari tidak menggantikan makanan. Cara terbaik untuk memperoleh kesihatan yang baik adalah makan dengan cara yang sihat.

Seorang ibu sudah pasti ingin memberikan yang terbaik buat keluarga dan diri agar kekal sihat dan ceria untuk menjaga keluarganya.

Ramai yang sering bertanya "Apa lebihnya Shaklee dari yang lain?"

Ini lah yang membezakan Shaklee dengan yang lain...

sumber : i-sihat

fakta/info pentingnya :
-suplemen tidak menggantikan makanan
-suplemen hanya untuk menambah apa yang kurang
-kita perlu suplemen sebab gaya hidup kita
-kita perlu suplemen sebab persekitaran kita
-suplemen hanya menambah baik kesihatan
-lagi..fikir2kan lah..

saya pernah jumpa ayat nie..tapi tak ingat dari blog mana..

                              "JIKA  ANDA RASA NAK SIHAT ITU MAHAL, CUBA SAKIT.."

sekian dulu untuk hari nie ye..


salam sayang
~adieqhazzie~

Berminat? hubungi :


Peringatan : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh sebarang jenis penyakit. Ajal maut ditangan Tuhan..kita sebagai manusia hanya berusaha dan berikhtiar..
  




HAZIDAH KOSNIN
SHAKLEE ID : 884132
HP : 012-6727417
EMAIL : hazzie1011@gmail.com
FB : Life&LOVE Natural.VITASHOP


0 comments:



Post a Comment