SELAMAT DATANG ke Adieqhazzie Life&LOVE..semoga perkongsian di ruangan ini memberi manfaat kepada kalian yang membaca..salam ukhwah..

JOM LIKE!


OMEGA DAN KEPENTINGANNYA.

Memandangkan bulan ni adalah promosi OMEGA GUARD, so saya nak sharing sikit info pasal omega nie..Apa la omega 2 kan?? Kebanyakan orang mengenalinya dengan nama lainnya minyak ikan..


Omega Guard adalah diekstrak dari hati minyak ikan dan mengandungi 7 asid lemak(DHA, EPA, ALA dll). Asid lemak ini penting untuk badan kerana tidak dapat dihasilkan oleh badan. Kenapa pentingnya Omega 3 seperti seperti EPA (Eicosapentanoic asid) dan DHA (Docosahexanoic asid). Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan DHA & EPA tercetak terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak. 

Antara fungsi lain Omega :

~ Merendahkan kolestrol dan tekanan darah tinggi
~ Mengurangkan tegang leher akibat hipertension
~ Mencegah obesiti
~ Mengurangkan risiko sakit jantung
~ Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin , bayi serta kanak-kanak
~ Meningkatkan perkembangan memori dan daya ingatan
~ Meningkatkan kesihatan jantung
~ Menangani emosi
~ Pre natal : Membantu pertumbuhan janin   

Tahukah anda? DHA adalah nutrisi utama untuk otak dan sistem saraf manusia sebagaimana pentingnya kalsium kepada tulang dan gigi. Ia agak sukar didapati dari makanan kerana tidak banyak makanan mempunyai asid lemak jenis ini. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pengambilan Omega 3 dikalangan rakyat malaysia adalah rendah.Kebanyakan kita tahu omega 3 mempunyai banyak kepentingan kepada ibu mengandung dan kanak-kanak.Namun berbalik kepada fungsi omega kepada badan kita seperti yang dinyatakan di atas, sebenarnya semua orang disekeliling kita memerlukan omega untuk menambahbaik kesihatan pada hari ini.


Kesan pengambilan DHA dan EPA kepada kandungan :
Wanita mengandung perlu mengambil 1500mg DHA (800mg EPA) sehari untuk menampung keperluan dirinya dan kandungan. DHA adalah nutrien penting untuk mengoptimumkan fungsi otak (keupayaan mental utk menyedari dan memahami sesuatu) dan keupayaan retina (mengoptimakan penglihatan untuk proses berfikir & melihat).Kajian menunjukkan pengambilan OMEGA 3 semasa hamil mampu melahirkan anak yang lebih tinggi IQ.

Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA pada kanak-kanak :
Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral, dan vitamin.Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu di ambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linoleik asid dan alpha - linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha - linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega - 3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.


Omega - 3 dan 6 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia. Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya seperti:
  • Sistem imun badan –terutamanya di dalam tindak balas alergik.
  • Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
  • Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru.
  • Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia normal.
  • Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga.
Kesimpulanya, utk perkembangan yg optimum, ibu bapa perlu menggalakkan anak2 terutamanya mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi mendapat khasiat yang seimbang. Cth makanan yg kaya dgn Omega 3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod, telur ayam (kaya dgn omega 3), kekacang.. Akan tetapi, masalah kekurangan Omega 3 dlm diet harian boleh dibantu dgn pengambilan supplemen Omega yg lengkap dgn DHA dan EPA seperti di bawah ini..:)


sekian...